PAPAR: Seorang lelaki ditahan bersama 31 botol dalam operasi dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, semalam.
Dalam operasi jam 8 malam itu, lelaki berusia 20-an terbabit ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN).
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, sebaik ditahan, polis percaya suspek terbabit dengan aktiviti penjualan air ketum.
“Suspek terus ditahan dan merampas sebanyak 31 botol plastik berisi air ketum daripada suspek.
“Suspek terus ditahan dan dibawa balik ke IPD Papar untuk tindakan selanjutnya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Batholomew berkata, kejayaan tangkapan ini adalah usaha polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah Papar.
Katanya, ia juga sebagai salah satu langkah terbaik dalam mencegah sebarang aktiviti jenayah di daerah Papar.
“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah di daerah ini kepada pihak polis atau IPD Papar khususnya untuk tindakan segera,” katanya. – Asiatimes
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost