Nor Rafidah Ketua Polis Daerah Wanita Pertama Di Sabah

KENINGAU: Pegawai polis, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim dilantik menjadi Ketua Polis Daerah (KPD) Keningau baharu, hari ini.

Perlantikan itu bagi menggantikan KPD sebelum ini Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain yang bakal dilantik sebagai KPD Kota Belud.

Perlantikan Nor Rafidah juga melakar sejarah bagi Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah sebagai wanita pertama menjawat jawatan berkenaan di negeri ini.

Majlis serah terima tugas berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dengan disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Jauteh berkata, pelantikan ini adalah bukti kecemerlangan dan kebolehupayaan seorang pegawai kanan polis.

Katanya, PDRM jelas tidak menilai kesesuaian jawatan melalui jantina sebaliknya lebih kepada prestasi dan kebolehan memimpin.

“Saya mendoakan yang terbaik kepada KPD baharu dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Begitu juga saya mengucapkan tahniah juga kepada bekas KPD, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain yang akan bertukar ke KPD Kota Belud dengan kenaikan pangkat,” katanya.

Sementara itu, Nor Rafidah berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana diberikan kepercayaan untuk memimpin tugas KPD.

Katanya, tugas yang diberikan ini adalah satu lagi cabaran terbaru bagi diri selepas menceburi bidang kepolisan sejak 14 tahun lalu. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *