
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak menggesa kerajaan negeri mengkaji semula status tanah bergeran sekitar 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.
Beliau berkata, ini kerana terdapat pelanggaran syarat geran tersebut dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) perlu mengkaji semula perkara itu secara menyeluruh.
“Saya difahamkan tanah tersebut kini tidak diusahakan sejak ia diberikan dan dijual kepada pihak ketiga,” katanya di Facebook.
Bekas menteri persekutuan itu juga berpandangan pemberian geran tersebut wajar ditarik semula sekiranya perlu.
“Perkara ini sudah saya bangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen.
“Kerajaan perlu sentiasa waspada dan menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost