PPM Sabah Rampas Rokok Bernilai RM434,207

Foto Ihsan PPM Wilayah 4 Sabah.

SANDAKAN: Taktik sindiket menjadikan dua rumah di sekitar bandar Sandakan, di sini, sebagai tempat penyimpanan rokok seludup gagal memperdayakan pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Hasil serbuan yang dijalankan, PPM Sandakan berjaya merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM434,207.40 termasuk cukai.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di rumah berkenaan, pasukan operasi mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok yang dipercayai diseludup.

“Semua rokok yang dirampas kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Rusdin berkata, pihak PPM amat menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197.

Katanya, masyarakat juga boleh berhubung terus ke Gerakan PPM Sandakan di talian ‘089-221453’ bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia dapat dilindungi daripada anasir jahat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *