Puisi Pelajar Sabah Menang Pingat Perak Di Festival Seni Vienna

KOTA KINABALU: Seorang pelajar jurusan seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, Salieni Balakrishnan, telah berjaya mendapat pingat perak dari festival seni “Vienna Stars” yang dianjurkan pada 29 November sehingga 3 Disember 2021 melalui persembahan puisinya yang bertajuk A Journey to Cherish.

Festival itu yang berpangkal di Vienna, Austria, adalah anjuran The Festival Bridges iaitu sebuah persatuan seni di Eropah.

Puisi tersebut meringkaskan pandangan penulis yakni pelajar ini berkenaan dengan cabaran dan keindahan hidup yang harus dihargai oleh setiap insan.

Penulis juga memberi galakan kepada pembaca atau pendengar agar berani membuat keputusan dalam menentukan halatuju hidup.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa gembira dengan pencapaian pelajar ini kerana penulisan dan persembahan hasil karya adalah amalan seni yang harus diterapkan dalam pendidikan di bilik darjah serta aktiviti di luar kelas untuk memberi ruang kepada pelajar agar dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran masing-masing.

Rakaman puisi pelajar ini boleh diakses melalui:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *