Cikgu Sadzul Menang Geran RM20,000

KENINGAU: Seorang guru subjek vokasional di Kolej Vokasional Keningau, Sadzul Adun @ Hamzasin, telah berjaya menjadi salah seorang pemenang bagi pertandingan geran perniagaan Pitchborneo dengan ideanya “Kungkung Leathercraft” pada 21 November 2021.

Pertandingan Pitchborneo anjuran Sabah Techpreneur Association (SATA) adalah pertandingan berperingkat yang memilih sepuluh pemenang geran berjumlah RM 20,000 setiap tahun untuk membantu para usahawan terpilih memperkembangkan perniagaan mereka.

Sadzul Adun @ Hamzasin yang mengajar program teknologi pembinaan di kolej tersebut juga aktif dalam bidang inovasi dan telah berjaya membimbing pelajar-pelajarnya memenangi beberapa pertandingan inovasi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Dengan berasaskan kemahiran seni bina yang dimiliki, dia memulakan perniagaan menghasilkan bahan kraftangan yang diperbuat daripada kulit haiwan pada beberapa tahun yang lepas. Produk utama yang dihasilkan adalah dompet yang bertemakan corak etnik.

Selain daripada Cikgu Sadzul, terdapat sembilan lagi pemenang geran Pitchborneo iaitu Hereckson Frex Rubin (Linduk), Nathaniel Maikol (Bio-Fertilizer), Zee Shazila (Gift Housewife Tailor), Alex David (KB Agro Seedling), Anita Tahir (Algae Aquatech Concentrated Microalgae), Emily Jeneble bersama Renny @ Anna Jeneble (Evolusi Kraf Batulunguyann), Cherry Ding Chew Li (Tem-Tem), Midmilisa Oddy Lidam (Shampoo Bunga Telang) dan Vianney Evana (Vide Wagas De Asi).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video cara pembuatan salah satu produk “Kungkung Leathercraft” boleh ditonton melalui pautan YouTube:

https://www.youtube.com/watch?v=YyS7AMOm9pM

dan mereka yang berminat boleh menghubungi Sadzul Adun melalui Instagram Kungkung Leathercraft iaitu https://www.instagram.com/kungkung_leathercraft/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *