4 Daerah Di Sabah Catat Peningkatan Kes Mendadak

KOTA KINABALU: Empat daerah di Sabah telah mencatatkan peningkatan jumlah kes COVID-19 mendadak, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata empat daerah itu adalah Kota Kinabalu dengan 109 kes, Tuaran (76); Ranau (65); dan Kota Belud (56).

Katanya, selain itu antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19 adalah Kinabatangan (39); Kudat (26); Lahad Datu (11); Pitas (12); Tenom (22);Kuala Penyu (16); Penampang (35); Beluran (6) dan Tawau (4) kes.

“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan dengan enam daerah menunjukkan penurunan jumlah yang agak baik.

“Ia membabitkan Kota Marudu (20); Papar (21); Telupid (5); Beaufort (35); Keningau (11); Sandakan (4); Putatan (12); Tongod (7); Sipitang (15); Tambunan (14); Nabawan (1) dan Semporna (0).

“Namun jumlah keseluruhan kes bagi daerah yang mencatatkan penurunan tidak dapat mengatasi jumlah kes daerah yang mencatatkan pertambahan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan tiga angka.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 622 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 230,645 kes.

“Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini (semalam) iaitu dua kes di Beaufort manakala masing-masing satu kes di Nabawan, Kota Kinabalau dan Tuaran.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 378 menjadikan jumlah kumulatif 219,480 orang.

“Pesakit sedang menerima rawatan pula adalah 1,656 orang iaitu 671 di hospital, 967 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 18 di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *