PPM Tahan Cubaan 17 PATI Cuba Masuk Sabah

Foto PPM Sabah

TAWAU; 17 NOVEMBER 2021 : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan 17 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika sedang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 1 Jalan Apas, Tawau, malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, kesemua PATI yang dipercayai baru tiba dari negara jiran itu berumur lingkungan 6 bulan hingga 50 tahun terdiri daripada empat lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki ditahan kira-kira pukul 8.30 malam.

Foto PPM Sabah

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan pihaknya mendapati kesemua PATI tersebut tidak memiliki dokumen yang sah.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 31-tahun dipercayai Tekong Darat dalam tangkapan tersebut dan sebuah kenderaan dirampas.

Kesemua tahanan dan rampasan seterusnya dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM68,000.00 ringgit.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *