49 Kematian Baharu Covid-19, Sabah Tertinggi

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 49 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 14 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini ialah 29,535 orang.

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Perak (sembilan), Selangor dan Sarawak (masing-masing tujuh), Terengganu (enam), Kelantan (tiga), Johor (dua), Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 63,827 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 538 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 274 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,337 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan dalam negara kini 2,528,821.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *