Persembahan Monolog Pelajar Istimewa Diiktiraf Di Festival Seni Paris

KENINGAU: Seorang pelajar berkeperluan khas dari Kolej Vokasional Keningau, Nurazwin Liyana Binti Abdullah, telah menyertai festival seni “Les Etoiles De Paris” yang berpusat di Paris, Perancis, dari 29 Oktober hingga 3 November 2021.

Pelajar tersebut yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat telah membuat persembahan monolog dalam bahasa isyarat dan telah menerima pengiktirafan diploma cemerlang dari pihak penganjur iaitu Festival Bridges.

Persembahan monolog bertajuk “Mother” itu mengimbau kenangan indah penulis pada zaman kanak-kanak apabila dia masih kerap mengisi masa lapang bersama ibunya.

Monolog itu menceritakan pengalaman penulis bersama ibunya semasa belajar mengayuh basikal, membaca buku dan membuat kek.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada unit pendidikan khas kolej tersebut serta pelajar itu atas pencapaian yang membuktikan bahawa pelajar istimewa mampu membuat persembahan seni melalui alternatif yang lain seperti penggunaan bahasa isyarat.

Dia berharap agar usaha ini dapat menyebarkan mesej positif di kalangan pendidik dan pelajar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video persembahannya boleh ditonton melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *