PM Lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika hadir pada majlis pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Majlis Daerah Kinabatangan, hari ini. – Foto BERNAMA

KINABATANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid.

Perdana Menteri berkata, projek itu membabitkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Beliau berkata, skop projek itu membabitkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.

“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *