Lima Sekeluarga Nyaris Lemas

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Aktiviti riadah lima sekeluarga bertukar detik cemas apabila mereka nyaris lemas di pantai sebuah pusat peranginan di Karambunai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi itu, mereka berusia 10 hingga 40 tahun itu dikatakan ditarik arus ombak ke tengah laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.01 pagi dan sepasukan enam anggota bersama jentera dihantar ke lokasi.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, semua mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan pekerja pusat peranginan berkenaan sebelum diberi rawatan awal.

“Tiga daripada lima mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut, manakala dua yang lain berada dalam keadaan stabil,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *