30 PATI Ditahan Di Kudat

30 pendatan tanpa izin yang ditahan dari dua kapal nelayan.

KUDAT: 30 pendatang asing tanpa izin (pati) yang masuk ke perairan daerah ini untuk menjalankan aktiviti perikanan ditahan dalam operasi yang dijalankan, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jam 11.50 pagi itu, semua pati berkenaan dikesan menaiki dua kapal nelayan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua kapal nelayan berkenaan mendapati membawa seramai 30 lelaki.

Bagaimanapun katanya, semua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini.

“Semua pati terbabit kemudiannya ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Semua mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Cyril berkata, operasi pemantauan membabitkan kapal nelayan asing kawasan perairan daerah ini akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Cyril berkata, PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *