Bajet 2022: Bantuan RM2,000 Kepada Isi Rumah Punyai Tiga Anak Atau Lebih

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan iaitu bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *