3 Pelajar Sabah Bentang Projek Di Persidangan Dalam Talian Di Benua Afrika

KENINGAU: Pasukan pelajar teknologi automotif Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek mereka di persidangan dalam talian International African Conference on Current Studies of Science, Technology and Social Sciences anjuran Bani Waleed University yang terletak di negara Libya, benua Afrika pada 21 Oktober 2021.

Pasukan tersebut terdiri daripada Veronika Kawang, Jeffreyka Peter dan Iggyson Ligel.

Pasukan ini telah membentang projek mereka yang bertajuk “Multiuse Trolley” iaitu merupakan alat yang boleh digunakan untuk fungsi-fungsi tertentu termasuklah memindahkan komponen kenderaan seperti kotak gear ke ruang kerja untuk diselenggarakan.

Tujuan mereka mengubahsuai troli yang selalu diguna oleh mekanik kereta adalah untuk mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini sekiranya para mekanik melaksanakan proses penyelenggaraan secara manual tanpa peralatan tertentu.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini kerana mereka telah berjaya mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dari program vokasional automotive dan berani membentang idea mereka di platform maya.

Dia menekankan kepentingan pendidikan vokasional dalam mendidik golongan belia agar memperolehi kemahiran yang mampu membantu masyarakat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan mereka boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *