5,745 Kes Baharu Covid-19, 8,933 Sembuh Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,745 ke baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,401,866 kes setakat ini.

Seramai 682 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 609 disahkan sebagai pesakit Covid-19 manakala 73 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 331 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 280 adalah pesakit yang positif Covid-19 manakala 51 lagi adalah mereka yang disyaki dijangkiti.

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, 5,733 membabitkan jangkitan tempatan dengan 5,432 adalah warganegara, 301 warga asing dan 12 kes import.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *