Dakwa Segera Kumpulan Antivaksin – KJ

Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini 73.5% guru sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Tegasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kumpulan antivaksin dilihat masih berterusan menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19 hingga mengancam kesihatan awam.

“KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Kami harap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Beliau membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.

“Mantan Perdana Menteri, Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tapi antivaksin ini lebih hebat lagi. Petik nama menteri sesuka hati. Tabur fitnah sana, No Action (tiada tindakan). Sampai bila?” katanya. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *