Ahli Parlimen Labuan Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Rasuah

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli, daripada Warisan, mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini hari ini atas tuduhan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak kerajaan kepada ahli keluarganya.

Rozman didakwa bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan untuk meminta suapan, sama ada buat dirinya, saudara atau rakan sekutu.

Beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000 jika sabit kesalahan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *