Abang Sulung Bung Moktar Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Buah Pinggang

Bung Moktar Radin (dua dari kiri) membantu mengangkat keranda jenazah abang sulungnya, Hamidin Radin untuk dikebumikan di Kinabatangan semalam.

KOTA KINABALU: Hamidin Radin, abang sulung Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ketua Umno negeri, Bung Moktar Radin meninggal dunia semalam akibat komplikasi buah pinggang.

Hamidin, 69, yang juga bekas Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Kinabatangan, menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Hamidin, yang aktif berdakwah melalui USIA dan dalam kegiatan kemasyarakatan, meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazahnya selamat dikebumikan berhampiran kediamannya di Kampung Bukit Garam, Kinabatangan pagi tadi.

Turut menghadiri pengebumian itu ialah Menteri Pelancongan Sabah, Jafry Ariffin dan ADUN Sukau, Samsuddin Yahya.

Ketika ditemui selepas pengebumian, Bung mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga atas kehadiran dan ucapan takziah mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih atas doa untuk arwah abang saya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda,” katanya dalam kenyataan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *