Hujan Lebat 9 Jam, Penampang Dilanda Banjir Kilat Sekali Lagi

Keadaan di lokasi banjir kilat berikutan hujan lebat melanda sekitar Penampang sejak awal pagi hari ini.

PENAMPANG: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi hari ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, hujan lebat pada 1.40 pagi berlanjutan hingga pada 9 pagi.

Keadaan di lokasi banjir kilat berikutan hujan lebat melanda sekitar Penampang sejak awal pagi hari ini.

“Hujan lebat beberapa jam itu menyebabkan sistem perparitan di kawasan Pekan Donggongon serta kampung berhampiran dinaiki air.

“Antara lokasi mengalami banjir kilat itu adalah Kampung Kobusak, Sugud, Kibabaig, Mogonibung, Kohizan, Millenium Height Bundusan dan Taman Landmark.

“Setakat ini, tiada sebarang pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS) dilakukan.

“Bagaimanapun, kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca dilihat tidak menentu ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran agar peka situasi cuaca semasa.

Menurutnya, pihaknya minta penduduk segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan untuk berpindah ke lokasi lebih selamat. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *