5 Bangunan Kedai Di Kimanis Roboh

KOTA KINABALU, 12 Okt : Lima buah bangunan kedai lama daripada kayu yang telah usang berusia lebih 20 tahun di Pekan Kimanis roboh akibat tiupan angin kencang yang berlaku awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata Balai Bomba Kimanis yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian menerima panggilan kira-kira pukul 6.51 pagi. 

“Ketika kejadian, tiada mangsa dilaporkan cedera kerana bangunan itu sudah lama tidak berpenghuni,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Misran berkata pasukan bomba membuat pembersihan dan menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan bangunan bagi memastikan tiada keberbahayaan lain berlaku.

Angin kencang dan disertai hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 2 pagi tadi turut menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Penampang dan Inanam dilanda banjir kilat. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *