Sidang Media Khas Perdana Menteri Petang Ini

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media khas yang bakal disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang ini.

Sidang akhbar itu boleh disaksikan menerusi beberapa platform, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, Alhijrah dan di laman Facebook.

Beliau dijangka membuat pengumuman berkenaan kebenaran rentas negeri memandangkan kadar vaksinasi dewasa telah mencecah 89.7 peratus semalam.

Sebanyak 0.3 peratus sahaja lagi diperlukan bagi mencapai syarat kadar vaksinasi 90 peratus ditetapkan sebelum kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *