
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan, aktiviti pelancongan di mana-mana negeri di dalam negara adalah dibenarkan.
Seiring pengumuman rentas negeri sebentar tadi, kebenaran aktiviti pelancongan dalam negara turut berkuatkuasa esok, 11 Oktober 2021.
Pun begitu, rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuatkuasa.
📍Aktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan – PM pic.twitter.com/lkN9HAn2Hl
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 10, 2021
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost