Kembalikan Labuan Kepada Sabah – Bung Moktar

Bung Moktar Radin berkata, Labuan seperti diserang garuda yang menjadi padang jarak padang terkukur di mana terabai.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, Labuan seperti diserang garuda menjadi padang jarak padang terkukur di mana ia terabai.

“Labuan satu ketika dahulu adalah bandar bebas cukai tapi sekarang ia seperti diserang garuda. Yang bebas cukai adalah cuma coklat, yang lain harganya sama seperti tanah besar.

“Tolonglah bangunkan Labuan dan kembalikan status bebas cukai. Jika kerajaan Persekutuan tidak mahu laksanakan apa-apa, maka kembalikan Labuan kepada Sabah, biar kami bangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu Bung Moktar turut membangkitkan soal penyaluran dana kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan sebelum disalurkan kepada JKR Sabah.

Katanya, jika melibatkan sebarang kecemasan, kerajaan negeri terpaksa mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan yang mana prosesnya memakan masa yang panjang.

“Kerajaan Persekutuan seharusnya memberi peruntukan sekurang-kurang RM200 juta setiap tahun bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan,” tambahnya lagi. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *