
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,817 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,294,457 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,361 kes.
Ia diikuti Selangor (1,348), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost