Suspek Bunuh 11 Ekor Penyu Dengan Kejam Di Pulau Bum Bum Sedang Diburu

KOTA KINABALU: Suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam 11 ekor penyu hijau di Kampung Amboh-Amboh, Semporna pada Jumaat lalu sedang dikesan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Pengarah JHL Sabah, Agustine Tuuga berkata, 11 ekor bangkai penyu hijau itu ditemukan pada 9.41 pagi menerusi rondaan yang dilakukan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Tiger Platun.

Pada 2 Oktober menerusi operasi susulan, pasukan operasi menemukan dua karung putih disyaki daging penyu, 11 keping cengkerang, sebatang kait, dapur memasak, kuali, pisau, kapak dan batu asah.

“Sehingga kini operasi untuk mengesan penjenayah yang terlibat masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *