Jangkitan Covid-19 Terus Turun Kepada 8,075 Kes Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 8,075 kes kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,285,640 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,189 kes.

Ia diikuti Kelantan dengan 1,020 kes, Pulau Pinang (853), Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (2).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *