487 Kematian Akibat Covid-19 Dilapor Semalam

Menurut data GitHub jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,138,150.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 487 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 161 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,565.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 178 kes, diikuti Sabah (87), Johor (63), Kuala Lumpur (44), Pulau Pinang (36), Kelantan (26), Perak (18), Kedah (14), Pahang (lima), Negeri Sembilan (lima), Melaka (lima), Terengganu (tiga), Perlis (dua) dan Sarawak (satu).

Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 201,274 kes aktif direkodkan termasuk 1,114 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 615 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 19,702 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,138,150.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *