PENAMPANG: Sabah memberikan bantuan segera wang kecemasan sebanyak RM1,000 kepada 937 mangsa banjir di Penampang yang kediaman mereka terjejas akibat bencana itu.
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, selain itu 10 rumah yang hanyut dalam kejadian banjir itu juga akan dibina semula manakala bantuan dari segi material untuk membaikpulih rumah yang terjejas turut akan diberikan.
“Ini adalah bantuan segera kepada mereka yang terjejas teruk, kerajaan negeri akan pastikan mereka akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Kampung Sugud antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, minggu lalu.
Sementara itu, Hajiji berkata dua pakej mitigasi banjir telah disiapkan sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kejadian banjir di Penampang.
“Hanya satu lagi pakej yang belum selesai untuk dan usaha ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan Penampang dan kawasan sekitarnya tidak akan lagi terjejas oleh banjir,” katanya. – FMT
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost