Sabah Terus Catat Pemberian Dos Vaksin Harian Tertinggi

Vaksinasi harian mencatatkan 232,559 dos semalam dengan 73,106 adalah dos pertama manakala 159,453 dos kedua.

PUTRAJAYA: Sebanyak 53,286 jumlah dos diberikan di Sabah semalam, menjadikan negeri itu terus merekodkan angka tertinggi, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan daripada jumlah itu, 35,927 adalah penerima dos pertama, manakala 17,359 adalah dos kedua, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Vaksinasi harian mencatatkan 232,559 dos semalam dengan 73,106 adalah dos pertama manakala 159,453 dos kedua.

Sementara itu, sebanyak 78.2% atau 18,295,014 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos kini mencecah 93.1% iaitu 21,938,426.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *