Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin Covid-19

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu, seperti anggota barisan hadapan kesihatan,

pesakit kurang daya tahan imun dan warga tua dengan komorbiditi.

Katanya, golongan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang juga akan dipertimbangkan untuk menerima dos ketiga dahulu.

“Ia apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan Covid-19

dan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *