19,495 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, 8 Negeri Catat Ribuan Kes

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 19,495 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 2,030,935 kes setakat ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kapasiti penggunaan katil ICU setakat 5 petang semalam (14 September 2021) adalah sebanyak 81 peratus.

Sementara itu, Sarawak menjadi negeri yang mempunyai kes tertinggi dengan 4,709 kes diikuti Selangor, 2,710 dan Sabah, 2,015.

Berikut adalah status terkini kapasiti penggunaan katil dan pemberian vaksin sehingga 15 September ini.

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 14 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU 74%
• Penggunaan katil ICU 81%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 14 September 2021, 11:59pm)

• % Populasi Keseluruhan – 1 dos 66.3%
• % Populasi Keseluruhan – lengkap 54.1%
• % Populasi Dewasa – 1 dos 92.2%
• % Populasi Dewasa – lengkap 75.4%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 15 September 2021, 12:00 Tengah Hari)

• Bilangan kes baharu 19,495 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,030,935 kes

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *