Sandakan Catat Kematian Tertinggi Akibat COVID-19 Di Sabah

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Daerah Sandakan mencatat kes kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan sebanyak 21 kes daripada 54 jumlah kematian keseluruhan yang direkodkan di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah Tawau turut mencatat kematian yang tinggi akibat COVID-19 dengan sebanyak 14 kes dilaporkan semalam.

“Selain itu, sebanyak enam kes kematian dilaporkan di Lahad Datu, tiga kes di Kota Kinabalu, masing-masing dua kes di Keningau dan Papar, manakala masing-masing satu kes kematian di Semporna, Sipitang, Ranau, Kinabatangan, Penampang dan Kunak,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Kes kematian akibat COVID-19 di Sabah semalam menunjukkan, peningkatan sembilan kes berbanding 45 kes semalam dan yang tertinggi selepas 55 kes kematian yang dilaporkan pada 4 September lalu.

Kelmarin, Tawau mencatat kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan sebanyak 17 kes dan mencatat kedua tertinggi semalam dengan sebanyak 14 kes.

Sementara itu, Masidi berkata seramai 5,668 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh di Sabah semalam, manakala seramai 4,983 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Secara keseluruhan, Sabah mencatat sebanyak 2,067 kes, semalam, menurun sedikit berbanding 2,107 kes, kelmarin,” katanya.

Daerah Kota Kinabalu kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan sebanyak 347 kes, diikuti Sandakan (306), Tuaran (163), Keningau (122), Tawau (107), Kota Belud (107) dan Penampang (106). – BH Online

Kelmarin, Tawau mencatat kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan sebanyak 17 kes dan mencatat kedua tertinggi semalam dengan sebanyak 14 kes.

Sementara itu, Masidi berkata seramai 5,668 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh di Sabah semalam, manakala seramai 4,983 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Secara keseluruhan, Sabah mencatat sebanyak 2,067 kes, semalam, menurun sedikit berbanding 2,107 kes, kelmarin,” katanya.

Daerah Kota Kinabalu kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan sebanyak 347 kes, diikuti Sandakan (306), Tuaran (163), Keningau (122), Tawau (107), Kota Belud (107) dan Penampang (106).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *