Sabah & Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia, Kata Tun M

Dr Mahathir kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea “Sarawak hanya untuk orang Sarawak” dan “Sabah hanya untuk orang Sabah”

KUALA LUMPUR: Keadaan di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik selepas ia menjadi sebahagian daripada Malaysia, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kedua-dua negeri miskin itu menjadi lebih kaya berbanding negeri lain di Semenanjung selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

“Ini adalah hasil kerjasama (antara negeri-negeri),” kata Mahathir, 96, yang pernah menjadi perdana menteri keempat dan ketujuh.

Dalam satu temubual bersama Great People Televisyen di Facebook Live yang bertajuk “Leadership Reflections and Perceptions with Dr Mahathir Mohamad”, beliau berkata Hari Malaysia pada 16 September harus disambut dengan kesedaran terhadap pengorbanan yang telah dilakukan demi perpaduan negara.

Menurutnya, walaupun nama “Tanah Melayu” telah diubah kepada Malaysia namun identiti Melayu masih lagi teguh.

Beliau kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea “Sarawak hanya untuk orang Sarawak” dan “Sabah hanya untuk orang Sabah”, sebaliknya mereka perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *