2 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Mulai 10 Sept

PUTRJAYA: Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, dua lokaliti tersebut dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di Sabahdari 10 hingga 23 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua lokaliti di Putatan iaitu Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih.

Lanjutan PKPD di Sabah hingga 16 dan 22 September:

  • Kampung Pengalat, Papar, Sabah.
  • Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah.

Penamatan PKPD pada 8 dan 9 September:

  • Dua lokaliti di Tawau Sabah, iaitu Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Apas Batu 8.
  • Kampung Libang, Ranau, Sabah.
  • Tiga lokaliti di Telupid, Sabah membabitkan Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia
  • Dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Beverly Fasa 5 dan Kampung Nambazan.
  • Rancangan Batu 22 Apas, Tawau, Sabah.
  • Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *