20,988 Kes Baharu Covid-19, 249 Kematian, & 1,417 Di ICU

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod kes harian Covid-19 dengan 20,988 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 1,786,004 kes.

Hisham berkata, terdapat 23,473 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,506,273.

Terdapat 262,540 kes aktif dengan 1,417 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 783 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 249 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 17,191 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,073.

Ia diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990), Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (5).

Sarawak, Kedah dan Terengganu mencatatkan rekod tertinggi untuk jumlah kes harian Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 1 September, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 0.99.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.18), diikuti oleh Perlis (nilai 1.11), dan Johor (nilai RT 1.09).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *