PKPD Di Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai 3 Sep

PUTRAJAYA: Empat lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 3 September hingga 16 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

Menurutnya, PKPD terbabit membabitkan kawasan di Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2, Telupid; Kampung Tagaroh, Kota Marudu; kilang dan kuarters kilang papan Cargo Timber, Kampung Biah di Keningau dan Kampung Dumpiring Bawah, Ranau.

“Selain itu, PKPD di Sabah iaituKampung Tanjong Pagar, Sipitang; Kampung Padang Tembak, Keningau; Kampung Jawa, Tawau dan Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang turut ditamatkan bermula esok,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Pelaksanaan PKPD bermula 3 hingga 16 Sept seperti berikut:

Sabah

  • Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2 di Telupid.
  • Kampung Tagaroh di Kota Marudu.
  • Kilang dan kuarters Kilang Papan Cargo Timber di Kampung Biah, Keningau.
  • Kampung Dumpiring Bawah di Ranau.

Penamatan PKPD pada 2 Sept:

Sabah

  • Kampung Tanjong Pagar di Sipitang.
  • Kampung Padang Tembak di Keningau.
  • Kampung Jawa di Tawau.
  • Setinggan Kampung Baru Luyang di Penampang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *