PKPD Di Tiga Lagi Lokaliti Di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak tiga lagi lokaliti di di Sabahdiarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 28 Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, tiga lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 27 dan 28 Ogos hingga 9 dan 10 September:

  • Kampung Sungai Imam Tawau.
  • Kampung Kapakaan Keningau.
  • Kampung Paris 3, Kinabatangan.

Pelanjutan PKPD pada 28 Ogos hingga 10 September:

  • Taman Puri Warisan Kota Kinabalu, Sabah.

Penamatan PKPD di Sabah pada 27 Ogos:

Sabah

  • Kampung Gambaron 2 Telupid.
  • Dua lokaliti di Keningau melibatkan Kilang dan Kuarters pekerja Bumi Timber Sdn Bhd Batu 27 Jalan Sook dan Perusahaan Kuarters pekerja Kosinar Sdn Bhd Batu 28 Jalan Sook.
  • Kampung Pengiran Sipitang.
  • Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *