Hajiji Gesa Rakyat Sabah Dapatkan Vaksin, Terus Patuh SOP Berikutan Peningkatan Kes Covid-19

Hajiji (kiri) menerima cenderamata daripada Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam semasa kunjungan hormat di pejabatnya. – Foto CMO Sabah.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor menggesa rakyat Sabah supaya segera mendapatkan vaksin dan terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Sabah itu juga mahu orang ramai untuk terus berhati-hati memandangkan jumlah kes positif di negeri itu yang meningkat sejak kebelakangan ini.

“Dapatkan vaksin, tinggal di rumah, amalkan kebersihan yang baik dan elak keluar jika tidak perlu atau menghadiri perjumpaan, keluarga atau sebaliknya.

“Ini adalah langkah-langkah yang mesti dipatuhi, untuk membendung penyebaran COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, lebih banyak bekalan vaksin akan tiba di Sabah dalam beberapa hari ini dan semua pihak perlu memainkan peranan mereka dalam memerangi pandemik itu.

Terdahulu, Hajiji telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di pejabat beliau, dalam lawatan kerja Hajiji ke Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut diiringi oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *