Kes Baharu Covid-19 Menurun kepada 17,672

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 17,672 kes hari ini, berbanding 19,807 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,572,765 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,316 kes, diikuti Sabah (2,474 kes); Kedah (1,602); Sarawak (1,538 kes); Pulau Pinang (1,451 kes); Johor (1,367 kes); Kelantan (1,176 kes) dan Perak (952 kes).

“Selain itu, Kuala Lumpur mencatatkan 891 kes; Pahang (506 kes); Negeri Sembilan (478 kes); Terengganu (470 kes); Melaka (363 kes); Perlis (57 kes); Putrajaya (24 kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *