
PUTRAJAYA: Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 24 Ogos hingga 6 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, dua lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 24 Ogos hingga 6 September adalah seperti berikut:
- Kampung Buanong Matunggong, Kudat.
- Kampung Balung Cocos, Tawau.
Lanjutan PKPD di Sabah hingga 6 September:
- Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut,Tawau, Sabah.
- Taman Semarak Indah, Tawau, Sabah.
Penamatan PKPD di Sabah pada 22 0gos dan 23 Ogos:
- Dua lokaliti di Tawau Sabah melibatkan Blok 11 Kampung Titingan dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4.
- Dua kawasan perumahan ladang di Kalabakan, Sabah membabitkan Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung Usahawan Borneo.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost