
KOTA KINABALU: Tujuh lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 23 Ogos hingga 5 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, 7 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD bermula 23 Ogos hingga 5 September adalah seperti berikut:
- Empat lokaliti di Tawau membabitkan Taman Thien Vin, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4.
- Dua Lokaliti di Beluran iaitu di Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama.
- PPR Taman Mesra, Sandakan.
Lanjutan PKPD di Sabah hingga 5 September:
- Taman Semarak Indah, Tawau, Sabah.
- Kampung Tanjung Kapor, Kudat, Sabah.
Penamatan PKPD di Sabah pada 21 0gos dan 22 Ogos:
- Dua Taman Perumahan di Semarak, Tamau, Sabah iaitu Flat Sri Semarak dan Taman Sejari.
- Dua lokaliti di Penampang, Sabah babitkan Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu.
- Kampung Marau, Sipitang, Sabah.
- Kampung Baru Kimanis Papar, Sabah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost