Agong Dijangka Umum PM Baharu Selepas Mesyuarat Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan pelantikan Perdana Menteri kesembilan selepas mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu, hari ini.

Pertemuan khas yang membabitkan sembilan sultan, termasuk Seri Paduka itu, akan bersidang pada jam 2.30 petang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, selepas beliau melepaskan jawatannya itu pada Isnin lalu susulan mengakui bahawa dirinya telah kehilangan sokongan ahli Parlimen.

Pengunduran diri Muhyiddin mengakhiri pemerintahan selama 17 bulan yang bermasalah, yang menyaksikan beliau secara rutin diganggu dengan pertikaian antara sekutunya ketika negara sedang bergelut menangani peningkatan jangkitan COVID-19 dan ekonomi yang lemah.

Sekiranya menjadi kenyataan, pelantikan Ismail Sabri akan menyaksikan UMNO kembali merampas jawatan Perdana Menteri setelah tiga tahun susulan tewasnya parti itu pada pilihan raya umum lalu kerana terpalit dengan tuduhan rasuah, yang kebanyakannya berkaitan dengan skandal berbilion-bilion ringgit dana negara 1MDB.

Yang di-Pertuan Agong ditugaskan untuk melantik Perdana Menteri baru dengan menentukan ahli Parlimen yang berkemungkinan besar akan menikmati sokongan daripada majoriti wakil rakyat, setelah pilihan raya ditolak ketepi berikutan penularan wabak COVID-19.

Ismail Sabri merupakan timbalan Muhyiddin dari parti lawan UMNO, muncul sebagai calon paling popular setelah mendapat sokongan daripada parti-parti gabungan Muhyiddin.

Pemimpin berusia 61 tahun itu mendapat sokongan 114 daripada 220 ahli Parlimen, kata Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada wartawan pada Khamis lalu.

Dewan Rakyat mempunyai dua kerusi tambahan setelah dua ahli parlimen meninggal dunia dan pilihan raya kecil tidak dapat diadakan kerana wabak tersebut.

Muhyiddin, yang kini menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, berkata sokongan gabungannya kepada Ismail Sabri adalah bersyarat bagi memastikan anggota kabinet baru bebas daripada sebarang pertuduhan rasuah.

Beberapa ahli Parlimen UMNO didakwa terpalit tuduhan rasuah setelah kekalahan pilihan raya 2018, termasuk Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menghadapi puluhan tuduhan yang berkaitan dengan 1MDB. Kedua-dua mereka menafikan melakukan sebarang kesalahan. – Reuters

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *