
PUTRAJAYA: Sebanyak Empat lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos hingga 3 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, empat lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD bermula 21 Ogos hingga 3 September di Sabah adalah seperti berikut:
- Dua Lokaliti di Telupid membabitkan Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus.
- Dua perumahan ladang di Beluran, iaitu Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan.
Lanjutan PKPD hingga 3 Sept
- Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulai Sebatik, Sabah.
Penamatan PKPD pada 20 0gos
- Perumahan Kilang Sawit Veeta, Tongod, Sabah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost