Kumpulan Pertama Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Tiba Di Istana

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama Ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mereka tiba pada 10.37 pagi tadi. Rombongan ini disusuli Ahli Parlimen Bersatu yang tiba pada 10.42 pagi.

Sebanyak 144 wakil rakyat yang dikatakan ada menyerahkan akuan berkanun menyokong Ismail dipanggil menghadap Agong.

Sumber memaklumkan wakil rakyat berkenaan dari pelbagai parti yang menganggotai pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.c

Mereka dikatakan akan tiba secara berkumpulan bermula pagi hingga petang hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali tiba di Istana. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *