19,740 Kes Positif Baharu Covid-19, 274 Lagi Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 19,740 kes baharu Covid-19 dan 274 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 17,450 pesakit sembuh.

Ini menjadikan keseluruhan 1,162,578 daripada 1,424,639 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 12,784 lagi meninggal dunia akibat virus itu.

Ini adalah hari keempat jumlah jangkitan harian mencatatkan penurunan sejak rekod tertinggi 21,688 kes dilaporkan pada 12 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 249,277 kes aktif, dengan 520 daripada 1,047 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,706 kes.

Ia disusuli Sabah (1,728), Kedah (1,592), Sarawak (1,566), Johor (1,510), Kuala Lumpur (1,360), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Melaka (1,120), Perak (938), Terengganu (688), Pahang (646), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20) dan Labuan (dua).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *