8 Lagi Lokaliti Di Sabah Diarah PKPD Mulai 16 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, satu lokaliti di Pahang juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 16 hingga 29 Ogos adalah seperti berikut :

  • Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya
  • Dua lokaliti di Ranau, melibatkan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang
  • Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran
  • Pekan Donggongan, Penampang ( Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2)
  • Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud
  • Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat

Penamatan PKPD di Sabah pada 14 dan 15 Ogos:

  • Empat lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru, Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom
  • Kampung Tinusa 2, Sandakan
  • Dua lokaliti di Beaufort, Sabah melibatkan Lorong 3, Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 149 kompaun dikeluarkan dan enam lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, semalam 96 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *