5 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 14 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak 5 lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 14 Ogos hingga 27 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 5 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di 5 lokaliti di Sabah bermula 14 Ogos hingga 27 Ogos adalah seperti berikut:

  • Dua lokaliti di Keningau membabitkan kilang dan kuarters pekerja Bumi Timber Sdn Bhd, Batu 27, Jalan Sook serta Perusahaan dan Kuarters Pekerja Kosinar Sdn Bhd, Batu 28, Jalan Sook
  • Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu
  • Kampung Pengiran, Sipitang
  • Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud

Penamatan PKPD di Sabah pada 13 0gos :

  • Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, dua lokaliti di Ranau babitkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Sabah
  • Kampung Bayangan & Kampung Purakagis, Keningau, Kampung Marintaman, Sipitang, Kampung Tembidong-Bidong, Telupid, Kampung Airport Lama, Tawau, Sabah

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata seramai 219 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 37 direman semalam.

Sementara Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,444 anggota semalam melaksanakan 89,183 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

Menerusi Operasi Benteng dalam tempoh sama, tujuh lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan sembilan kenderaan darat dirampas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *