Satu Kes Baharu Varian Delta Dikesan Di Kluster Kota Belud

KOTA KINABALU: Satu kes baharu Covid-19 varian Delta telah dikesan di satu kluster di Kota Belud dan merupakan salah satu daripada 47 kes baharu variant of concern (VOC) di seluruh negara menurut data dari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Data tersebut menunjukkan kes Delta itu dikesan di Kluster Linau Kumpang, satu-satunya kes Delta di kluster itu yang sebelum ini tidak disenaraikan sebagai kluster berkes VOC. 

Kluster ini diumumkan pada 27 Jun dan kes indeksnya merupakan seorang wanita berumur 40 tahun yang telah mengalami demam, selsema dan anosmia sejak 11 Jun sebelum dikesan positif dua hari sebelumnya di hospital daerah.

Data terkini tersebut menyenaraikan semua kluster di seluruh Malaysia yang mana kes-kes VOC atau variant of interest (VOI) ditemui tetapi hanya lima kluster berkes VOC di Sabah disenaraikan iaitu Kluster Linau Kumpang, Kluster Lorong Megah Jaya di Sandakan (satu kes Alpha), Kluster Ocean Blue melibatkan kapal tentera laut KD Mahawangsa (tiga kes Delta), Kluster Gusi di Papar (dua kes Alpha) dan Kluster Kauran Durok di Keningau (dua kes Beta).

Noor Hisham dalam kenyataan media memaklumkan bahawa kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 47 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah VOC.

Selangor terbanyak dengan 13 kes diikuti Kedah (7), Johor (5), Terengganu (5), Putrajaya (4), Perak (3), Kelantan (3), Negeri Sembilan (2), Kuala Lumpur (2), Perlis (1) dan Pahang (1).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 667 kes,” kata Noor Hisham dalam kenyataan media.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 647 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta,  empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.

”Sabah setakat ini telah merakam 11 kes kumulatif VOC — empat kes Delta (semua tersenarai dalam kluster), empat Beta (dua tersenarai dalam kluster, dua lagi tidak tersenarai dalam kluster, oleh itu kes sporadik) dan tiga Alpha (semua tersenarai dalam kluster), menurut data terbaharu tersebut dan data yang diterbitkan sebelumnya pada 14 Julai 2021.

SumbeR – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *