Catat Penurunan, 18,688 Kes Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 18,688 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,262,540 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,565 kes.

Katanya, lima lagi negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan lebih 1,000 kes, iaitu Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).

Ia diikuti Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *